Tuesday 14 October 2014

PACKAGE KAMI...!!!

Destinasi: SARAWAK
Tempoh Masa: 3 HARI 2 MALAM
Sebut Harga: (HUBUNGI KAMI)
HARI PERTAMA
  • Meet on arrival.
  • Proceed for half day city tour of Kuching.
  • Transfer to hotel for check in and rest.
HARI KEDUA
  • Breakfast at hotel.
  • Depart to Semenggok Wildlife Rehabilitation Centre + Pottery Factory.
  • Lunch at local restaurant before heading to Sarawak Cultural Village.
  • Enroute, a stop at Kek Lapis House before transfer back to hotel.
HARI KETIGA
  • Breakfast at hotel.
  • Free at own leisure until your transfer to airport.
PACKAGE INCLUDE:
  • English/Malay Speaking guide.
  • All transfers.
  • 2 night’s hotel + daily breakfast, entrance fee’s where applicable & 1 Lunch.
PACKAGE EXCLUDED:
  • Airfare, hotel high season surcharge, travel insurance, personal expenses & tipping to guide/driver.

Kenali Bujang senang !!!! Lan ke Taman Buaya Jong!!

Antartempat menarik lain di Bandaraya Kuching yang wajib dilawati adalah Jong’s Crocodile Farm, atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz.


Ia terletak di sekitar daerah Padawan (sepanjang jalan Kuching-Serian) dan boleh dilawati dengan perjalanan kira kira 45 minit dari bandar Kuching. Memandangkan Sarawak memang begitu sinonim buaya maka lawatan ke Jong’ Crocodile Farm ini seolah olah menjadi kemestian kepada pelancong dari luar Sarawak.


Jong’s Crocodile Farm juga adalah kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya yang terbesar di Malaysia. Pada awal penubuhan taman buaya Jong ini pada tahun 1963, pembukaannya adalah untuk tujuan komersial iaitu untuk memperdagangkan kulit buaya, tetapi kemudiannya ditukar kepada mini zoo yang ada hingga sekarang. Ia diberi nama sempena pemilik dan pembuka taman ini sendiri iaitu Johnson John. Johnson John juga adalah penulis bersama buku ‘Man-eating Crocodiles of Borneo’ bersama James Ricthie. Harga masuk ialah RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak kanak di bawah 12 tahun.Buaya-buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan umur.  Buaya yang masih kecil ditempatkan bersama di dalam sangkar yang lebih kecil. Begitu juga buaya yang masih diperingkat ‘remaja’. Manakala buaya dewasa dibiarkan hidup berkumpulan dalam kawasan yang lebih besar. 


Walaupun dikenali sebagai taman buaya, Jong’s Crocodile Farm juga menempatkan spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo. Waktu yang paling sesuai untuk melawat Jong’s Crocodile Farm ialah pukul 9 pagi dan juga 3 petang kerana waktu ini demonstrasi memberi makan kepada buaya akan diadakan.

8 Jenis Makanan paling Nayman (Sedap) di Sarawak lan!!!!

Sekirannya anda bertandang ke Sarawak anda harus mencuba 8 Jenis Makanan tersebut di Sarawak dan yang pasti tidak akan terdapat dimana - mana kecuali di Sarawak ataupun di kepulauan Borneo.




Umai , aduh~ terasa keenakkan udang mentah yang segar serta digaul sebati dengan cili , air limau nipis serta bawang cukup membuatkan anda terangkat bila menikmatinya. Untuk pengetahuan anda Umai adalah berasal daripada makanan tradisi asli masyarakat Melanau yang kebanyakkan mendiami sekitar Mukah dan Dalat.
Laksa Sarawak, laksa yang cukup digemari oleh semua lapisan masyarakat di Sarawak dengan aroma belacan dan juga perencah laksa Sarawak sehingga boleh membuatkan anda terpukau sejenak .
Terung Iban , sejenis buah - buahan sayur dan harus diingati bahawa rasanya tidak sama seperti kebanyakkan buah terung yang anda pernah lihat dan makan . Lazimnya Terung Iban dicampur dengan masakkan Salai ikan ataupun Salai Ikan Lumi .
Dabai , tentu ramai diantara anda tidak pernah melihat buah ini. Buah ini sangat keras dan cara menyediakannya anda memasukkan ke dalam air panas untuk membiarkannya lembut dan setelah itu gaulkan dengan kicap dan sedikit garam .
Sinonim didengar bahawa jika ke Sarawak adalah tidak sah untuk tidak membawa Ikan Terubukbalik ke tempat masing - masing . Ikan Terubuk tidaklah begitu masin seperti ikan masin dan mempunyai aroma yang cukup enak.
Manok Pansoh , iaitu sejenis penyediaan Ayam didalam sebatang buluh dan dicampur dengan sayur daun pewangi seperti daun Bungkang . Ayam yang dimasak dalam buluh adalah lebih lembut, secara amnya ianya adalah masakkan tradisi masyarakat Dayak khususnya masyarakat Iban.

Makanan Ala-ala Sarawak..Lan!!!

1.Kek LapisKek lapis Sarawak merupakan sejenis kek/kuih yang paling popular di sarawak. Kek lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di sarawak spt Hari Raya, Krismas, Gawai Dayak, dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina. Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mula mencipta corak atau pattern kek itu. Harga kek juga bergantung kepada besar, jenis corak dan kepayahan membuat kek tersebut. Jadi semakin besar, semakin banyak corak, semakin susah membuat kek tersebut,maka semakin mahal harga kek tersebut.Contohnya: kek lapis jenis 'roll' dengan pattern biasa, saiz 8" x 8" x 4", 3.5kg berharga RM198.00 setiap satu. (Harga berdasarkan salah seorang penjual kek lapis)Berikut adalah beberapa jenis dan nama kek lapis(i) Jenis Roll
KipasBatik jawa
Kristal
Bintik-bintik(ii) Jenis biasa
Aiskrim Anika
TulipPua Kumba
Ketupat
2. Laksa SarawakLaksa sarawak 100% berbeza daripada laksa-laksa di semenanjung baik dari segi 'mee' yang digunakan dan kuahnya.Laksa Sarawak, walaupun kuahnya nampak seperti kari,tetapi sebenarnya bukanlah seperti rasa mee kari. Laksa sarawak rasa lemak, dan dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus, hirisan telur goreng dan beberapa bahan lain. Semasa dihidangkan,laksa sarawak dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi.Gambar-gmbar dibawah adalah contoh laksa sarawak
3.Mee KolokMee Kolok pada asalnya bukanlah makanan asal bumiputra Sarawak.Mee kolok adalah makanan yg dibawa oleh masyarakat cina sarawak yg datang berhijrah ke sarawak.Oleh sebab itu mee kolok banyak dihidangkan di semua kedai makanan cina di Sarawak.Mee kolok antara mee yg popular di Sarawak, dan semakin terkenal di kalangan masyarakat Melayu, walau bagaimanapun tidak banyak kedai makanan Melayu yang menghidangkan mee kolok dan terdapat sedikit pengubahsuaian rasa hidangan .Terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada mee kolok.(i) Mee kolok (Melayu)(ii)Kampua (Cina)(iii)Mi Rangkai/ Mi kering (Iban)Gambah dibawah adalah gambar mee kolok yang dihidangkan di kedai makanan cina. 4. Mee Kuching dan Kueh Tiaw TomatoKedua-dua mee ini popular di kalangan masyarakat sarawak tetapi tidaklah sepopular Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Kedua-dua jenis mee ini senang didapati di kedai makanan cina, dan restoran ataupun food court (halal) di shopping complex.Bagi Mee Kuching, mee ini banyak terdapat di Kuching dan juga dikenali sebagai Mee Dawai. Ini adalah disebabkan mee ini keras dan ranggup semasa dihidangkan.
Mee Kuching atau Mee Dawai 5. TebaloiTebaloi merupakan sejenis biskut sagu yang merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Bahan utama tebaloi ialah sagu. Makanan ini banyak dieksport ke luar negara dan merupakan salah satu makanan tradisional sarawak yang mempunyai permintaan yang tinggi.Tebaloi diproses secara tradisionalTebaloi dipotong menjadi kepingan

Keunikan etnik di Sarawak...lan!!!

Sarawak mempunyai bilangan penduduk yang banyak sekali antara negeri-negeri di Malaysia, iaitu seramai [1]Sebagai ibu negeri, Kuching merupakan rumah kepada 458,300 orang. Ini menyebabkan ia menjadi bandar yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan mendapat kedudukan yang ketujuh di Malaysia.2.07 juta orang.Sarawak mempunyai 27 etnik besar, setakat ini yang dikemukakan.[1] Kesemua kumpulan etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching, dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.
Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak menyebabkan mereka tidak banyak berhubung dengan orang luar. Keadaan ini mendorong setiap kelompok etnik membentuk identiti kebudayaan masing-masing mengikut persekitarannya.


ETNIK-ETNIK DI SARAWAK
  • Iban
  • Cina
  • Melayu
  • Bidayuh
  • Melanau
  • Kayan
  • Kenyah
  • Lun Bawang
  • Penan
  • Kelabit
  • Kedayan
  • Bisaya
  • Berawan
  • Lahanan
  • Sekapan
  • Kejaman
  • Punan
  • Baketan
  • Ukit
  • Sihan
  • Tagal
  • Tabun
  • Saban
  • Lisum
  • Longkiput
  • Kadazandusun
  • Murut

Di Sini Keunikan Sarawak..Lan!!!

Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur.Sarawak merupakan satu daripada dua negeri yang mendirikan Malaysia Timur. Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia.


Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting.
Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong). Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan.